Saturday, 28 December 2019
peniaga yang jujur
Salam.
Sabda Rasulullah saw: ”Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.”
Bagaimana nak jadi peniaga yang jujur dan amanah?
1. Apabila berhutang, bayar balik hutang. Usah hutang bertimbun, kita pergi melancong macam tak ingat mati. Kalau masih ada hutang yang overdue, batalkan niat pergi melancong dulu.
2. Apabila ambil barang untuk distribute, bayar balik kepada pembekal. Usah ”pau” duit jualan untuk pergi buat bisnes lain. Kalau patut bayar balik 30 hari, bayar balik 30 hari. Kerbau dipegang pada tali. Tak perlulah kita pun nak kena guna tali juga.
3. Apabila pelanggan tanya, jawab betul-betul. Usah buat dakwaan palsu, seolah-olah minuman/makanan kita boleh ubati semua penyakit atas dunia.
4. Apabila kita keluarkan produk, ambil tahu semua kandungan. Usah jual kosmetik kilo tanpa nak ambil tahu bahan-bahan yang digunakan. Kalau tak tahu, belajar. Kalau malas nak ambil tahu, tak payah berniaga.
5. Apabila orang tanya ”kepakaran” kita, cakap betul-betul. Usah ”white lie,” iaitu tak berbohong tapi tak bercakap betul. Allah tahu apa yang kita nak tipu.
- Norizan Sharif
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment