Saturday, 28 December 2019
peniaga yang jujur
Salam.
Sabda Rasulullah saw: ”Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.”
Bagaimana nak jadi peniaga yang jujur dan amanah?
1. Apabila berhutang, bayar balik hutang. Usah hutang bertimbun, kita pergi melancong macam tak ingat mati. Kalau masih ada hutang yang overdue, batalkan niat pergi melancong dulu.
2. Apabila ambil barang untuk distribute, bayar balik kepada pembekal. Usah ”pau” duit jualan untuk pergi buat bisnes lain. Kalau patut bayar balik 30 hari, bayar balik 30 hari. Kerbau dipegang pada tali. Tak perlulah kita pun nak kena guna tali juga.
3. Apabila pelanggan tanya, jawab betul-betul. Usah buat dakwaan palsu, seolah-olah minuman/makanan kita boleh ubati semua penyakit atas dunia.
4. Apabila kita keluarkan produk, ambil tahu semua kandungan. Usah jual kosmetik kilo tanpa nak ambil tahu bahan-bahan yang digunakan. Kalau tak tahu, belajar. Kalau malas nak ambil tahu, tak payah berniaga.
5. Apabila orang tanya ”kepakaran” kita, cakap betul-betul. Usah ”white lie,” iaitu tak berbohong tapi tak bercakap betul. Allah tahu apa yang kita nak tipu.
- Norizan Sharif
Wednesday, 4 December 2019
infopreneur mindset
Jangan terlalu risau apa orang lain nanti kata.. benda yang kita rancang buat terus.. selagi benda tu bagus... selagi bermanfaat untuk diri kita dan orang lain..
Macam haritu ada yang kata nak jual ebook tapi dia risau orang lain kecam... orang lain mengata dia kata nak jadi sifu..
Saya dah kata.. buat jer... yang dok kecam tu bukan yang bagi kau duit... biasalah ada sahaja orang yang tak suka dengan apa yang kita buat...
Takkan disebabkan orang lain punya anggapan.. kita kuburkan impian dan cita-cita kita macam tu jer..
Lepastu dia memang krik-krik jer sampai sekarang... tu lah.. kerap sangat berada dalam circle yang negatif.. circle yang mengumpat...
Buat jelah ebook tu lepastu jual.. lantak lah orang lain nak kata apa...
🤦♂️🤦♂️
- Azyan Usman
Wednesday, 27 March 2019
Blook : Legenda Usahawan Internet
LEGENDA USAHAWAN INTERNET
eBook ini merupakan himpunan artikel-artikel daripada laman web asal saifulsham.com.
Sila subcribe form dibawah untuk mendapatkan dua jilid eBook secara percuma.
Sekian, Terima Kasih
